11 Dec 09...merupakan tarikh keramat utk sume warga pnfL jb dimana cik Haryani Ahmad dgn rasmi nya melangkah kluar dr wisma NFL utk meneruskan perjalanan hidupnya di ibu kota..Sempena pemergian beliau, kelab sukan dan sosial telah mengambil inisiatif menganjurkn Farewell party utk beliau..
11 Dec 09 (5.00 pm) : Masih bz bwt keje dan xleh diganggu...
Majlis dimulakan dgn ucapan dr kak Wahida (yg tgah tnjuk 'peace') dan diselang dgn ucapan yani yg xtau nk ckp pe time tu (terkedu). Abes je ucapan, majlis diteruskan ngan mkn2. simple2 je mkn tp berkesan..pcaye atau x kberkesanannye truskn tgk gmba dibwh..hehehe.
Selesai sudah sesi mkn2, menyusul pulak acara penyampaian saguhati bwt kenang-kenangan tuk Yani...
Smoga Yani terus sukses dlm karier nya dan bahagia bersame 'ehem2'nye...hehe..Ni ade pantun sket..
kalau ade sumur diladang, jom kita mandi skali, kalau ada umur yg pnjang, time nk kawen jgn lupe jmput kami...
Bermulanyer al-kisah di zaman yang Pele, Maradona, mahupun Frank Backenbeur pun jeles nak tengok………..
Pada 14 November 2009, berlangsung kejohanan Piala Ahmad Rozi yang dianjurkan oleh AQIDEA Sdn Bhd (bukan Al-Qaeda)... Untuk melayakkan PNFL bertanding dalam kejohanan ini amat memeritkan…PNFL terpaksa menyeru 7 seperguruan dari Kelab Bola Brazil untuk bertanding dalam kejohanan tersebut... Dilengkapi sepersalinan sponsor (trimas untuk En. Manap... bak mascot DiGi wa cakap lu... maka perlawanan pun dimulakan……
First Match
Perlawanan Pertama yang dihadapi PNFL team ialah menentang penganjur kejohanan iaitu AQIDEA United (berbaju Merah)... Untuk perlawanan pertama ini, sedikit kegentaran ada pada setiap wajah pemain, kerana terdengar rumours bahawa team ni kuat.... Tambahan lagi, tuan punya AQIDEA, En Ahmad Rodzi juga turut serta…tapi berkat perguruan di Brazil, kami menang juga 2-0, hasil jaringan Nasa Bagio dan juga Izzatdinho... Kemenangan ini menghadirkan gerund pada pasukan lain.... muahahahahaha!!!!! (gelak jahat).... Barisan pemain untuk perlawan pertama:-
1)Azman
2)Nasa
3)Fadil
4)Saiful
5)Izzat
Second Match
Untuk perlawanan kedua... seperti biasa... kitorang gerund juga nak turun padang… apatah lagi, pihak lawan Urbanism FC memperoleh keserian pada perlawan yg agak sengit juga sebelum ini. Berkat hasil pengintipan ke atas pasukan itu oleh En Zainal dan juga En Hasnul, kitorang berjaya mengekang penguasaan mereka dan menang dengan hasil jaringan 3-0.... gol dihasilkan oleh Saiful dan juga Izzat sebanyak 2 gol. Untuk perlawan pertama ini, akhirnya super-sub digunakan juga... Ikhwan telah masuk bagi menggantikan Nasa yg telah cedera... Bagi perlawanan ini, En Azman telah berjaya lagi memasak maggi di pintu gol (xde tentangan lansung).... Hasil gandingan mantap Fadil dan Saiful di bahagian pertahanan. Barisan pemain utk perlawan kedua;-
Third Match Untuk perlawanan ketiga, kitorang melawan Perunding Bersatu “B”... Kelibat mereka agak meyakinkan, tambahan lagi dengan Goal Picker diorang yg sangat2 bersemangat (sempat lagi bertakbir sambil main bola)... Tapi disebabkan ketereran kitorang, walaupun dibarisi oleh pemain simpanan sahaja, menang jugak 3-1.... Pada perlawanan ini, menyaksikan pertama kali gawang PNFL bolos. Barisan pemain utk perlawan ketiga:-
Berkat dari kemenangan 3 perlawanan berturut2, kitorang dapat memasuki peringkat suku akhir. Ehh, xpercayer ye, tengok pict kat bawah nie (dengan muka berlagak,hahahaha)
Quarter Final Sepak mula dimulakan utk perlawanan yg telah dimulakan. Pertama kali, kitorang ketinggalan dalam perlawanan ini, tapi berkat kesungguhan pemain, hasil hantaran Ikhwan kepada saiful, dan saiful menjaringkan gol, kitorang berjaya mengikat kedudukan dengan ZDR FC, hingga masa tamat. Dan, perlawanan dilanjutkan ke Penalti Shootout. Saat berada di keadaan itu sangat2 mengetarkan tubuh, mahu luruh jantung, tapi, Yeayyyy, PNFL Menang jugak dangan 5-3, berkat kehebatan En Azman menjaga gawang. Boleh masuk Semi-Final. Barisan pemain utk perlawan Quarter Final:-
Semi Final Selang xsampai 10minit selepas Quarter Final, terus perlawan Semi Final dilansungkan (sungguh xfair). Kitorang yg dilanda kepenatan dan juga kecederaan terpaksa jug dikerah utk melawan Asasreka FC. Hasilnyer kitiorang kalah 4-1, musnah harapan utk jadi johan,huhuhuhu (dgr rumour2 yg boleh dipercayai, diorang menggunakan hamper keseluruhan pemain import), ish…ish…ish, tapi kami reda. Barisan pemain utk perlawan Semi Final;-
1)Azman
7)Nasa
3)Fadil
4)Saiful
5)Khairul(substitute)
2)Ikhwan(substitute)
6)Izzat
Penentuan ke 3/4 Disebabkan xdapat memasuki final, mula2, kitorang decide xnak main utk penentuan ini, tapi, berkat daripada kata2 manager PNFL, En Zainal, kitorang main juga demi semangat kesukanan. Dan hasilnya, kitorang kalah 6-1, hahahahaha… ini semua sebab cedera and demotivated nanyer (xngaku lagi)... Barisan pemain utk perlawan Semi Final:-
1)Azman
7)Nasa
3)Fadil
4)Saiful
5)Khairul(substitute)
2)Ikhwan(substitute)
6)Izzat
It is with a great sorrow we write to inform that father to En Nasarudin bin Yaakob has passed away last night...
To all the Muslims, please do recite your prayer for his father... May Allah bless his soul. Make his grave a garden and grant him the highest levels of paradise… Ameen!
Hai salam pada semua KLien, semoga kedatangan kami di blog ni dialu-alukan semua... insyaallah... nanti kami uploadkan lagi gambar aktiviti kat jb branch... tenkiu n wasalam...
Lebih best dari Filem Kaki Bakar oleh U-Wei Hj Saari... - Mr. Kannu
Pada hari Khamis, 5 November yang lepas telah diadakan Fire Awareness and Basic Fire Fighting di PNFL... Sape yang tak pergi sila lah rasa menyesal kerna dari sessi syarahan sampailah ke demo memang sungguh menarik dan informatif...
Syarahan telah diberikan oleh dua orang anggota dari Jabatan Pertahanan Awam Malaysia iaitu En. Masdar dan dibantu oleh En. Sudirman... Bagaimana pun En. Sudirman pada hari tersebut tidak pula mendendangkan apa-apa lagu...
Sementara itu, pihak Sport & Social Club ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada para PNFLien yang berhempas pulas menolong bagi menjayakan acara yang diadakan tersebut...
Selepas syarahan dan sessi taklimat, kesemua PNFLien dan para bos kembali ke tempat masing-masing di dalam pejabat dan dengan penuh kepura-puraan berlakon seperti hari-hari biasa di PNFL walau dah tau Fire Drill akan dilakukan sebentar lagi... Fire drill bermula dengan Tiupan Wisel menandakan bermula upacara mengosongkan bangunan... dan serasa saya Dato' Nik Farid adalah yang paling laju meninggalkan bangunan.... Kesemua PNFLien dan bos-bos berkumpul kemudiannya di padang berhadapan dengan pejabat... Mereka yang seumur hidup tak pernah memijak padang tersebut kini mimpi mereka menjadi kenyataan...
Demo kemudiannya dilakukan oleh kedua-dua anggota JPM yang sungguh mesra dan bersedia memberikan maklumbalas atas segala pertanyaan PNFlien... Untuk pengetahuan, En. Masdar adalah antara anggota yang terlibat secara langsung dalam pencarian ketika Tragedi Highland Towers pada tahun 1993...
Dua kaedah yang ditunjukkan bagi memadamkan kebakaran adalah dengan menggunakan kain basah dan dua jenis Fire Extinguisher...
Setelah ditunjukkan oleh Para petugas JPM... tiba giliran para PNFLien menunjukkan bakat terpendam memadam kebakaran dengan dimulakan oleh Saudari Izzati... Pelbagai gaya memadam kebakaran ditunjukkan oleh para peserta... Ada yang terpadam dan ada yang tak padam-padam... sebab musabab ketidakpadaman telah dihuraikan oleh En. Masdar dengan panjang lebar...
Dan yang terakhir sekali.... ini yang paling best... Cara-cara membentang sejadah oleh Saudara Arphian Ahmad... Nasib baik api tu tak kena muka... Tujuan murni En. Arphian Ahmad adalah untuk menunjukkan cara-cara yang salah memadam kebakaran menggunakan kain basah...
"Saya sanggup mengorbankan diri saya untuk menunjukkan cara-cara yang salah tersebut," demikianlah ulasan En. Arphian Ahmad di akhir acara tersebut untuk mengcover dirinya...
PNFL HQ sekali lagi telah mengadakan jamuan hari raya aidilfitri & deepavali iaitu acara tahunan yg memang wajib bg membolehkan semua staf berkumpul & bergembira sesama sendiri & mengeratkan silaturrahim...
Kehangatan jamuan ini dimulakan dengan kesibukan staf-staf muda (muda ke?) membuat persiapan 1 hari sebelum itu... Antara benda-benda yg diorang buat ialah ketupat tiruan (cantik ooo...) ditunjuk ajar oleh mahaguru nizam & azwa bersama penuntut izzati & cheong (Tahun depan boleh tempah kat diorang lagi)...
Selain itu, mereka juga menyiapkan beberapa karikatur (idea asal oleh En. Nasa) yg amat menggeletek hati & rekaan colom oleh Cik Beid.. Memang marvellous!! Tak caye tgk gambar-gambar kat bawah ni. Ni bermakna QS bukan je reti buat taking-off tapi design pun boleh tau!!
Tengok jelah diorang ni semangat menghias ofis macam hias umah sendiri. Balik lambat pun takpe... Semangat PNFL!
Dengan bertemakan warna biru & hijau, hampir kesemua staf hadir penuh ceria dengan baju raya masing-masing mengikut tema. Majlis ini juga diserikan lagi dengan kehadiran para direktor yg disanjungi...
MC yg bertanggungjawab mengendalikan majlis tersebut ialah En Mazuan & Cik Dina yg sememangnye telah berjaya membuatkan jamuan ini havoc dgn pantun memantun.
YB Dato' & En Halim juga tidak melepaskan peluang menunjukkan bakat membalas pantun selepas menyampaikan ucapan alu-aluan. Kira balas membalas la... Jual beli pantun.
Acara yg paling tidak disangka-sangka adalah sesi memberi duit raya drp Dato' kepada staf... Cayalah Dato' macam Santa Clause yg ada poket Doraemon... Terima kasih Dato'...
Selepas itu acara makan-makan , ada sate, rendang, roti jala, lemang, lontong, kek,, puding, triffle hajar yang sedap sambil diselangi dengan persembahan slide show & lagu hari raya... Makan-makan jugak kesihatan perlu dijaga... Bak petikan kata En. Halim, "lepas cuti raya saya tengok ramai staf kita yg boroi..." Hehehe... Sape la tu kan???
Tidak dilupakan sesi bergambar ok! Yg tu pun acara wajib... Tengok sajalah aksi-aksi yg dipaparkan... Posing sakan! Masing-masing nak tunjuk hebat dengan gaya yg kadang-kadang tu ntah ape-ape...
Akhir kata, majulah PNFLien utk PNFL.. We are the best among the best... Buat ape pun best!!! Cayalah... Jumpa lagi di jamuan raya tahun depan...
nota jari jemari kanan dan kiri :::: bawah ni gmbr2 gediksss.. pd sesiapa yg mempunyai penyakit muntah2, loya2, anda dinasihat kn untuk berhenti setakat nota ini sahaja.. trimass