11 Dec 09...merupakan tarikh keramat utk sume warga pnfL jb dimana cik Haryani Ahmad dgn rasmi nya melangkah kluar dr wisma NFL utk meneruskan perjalanan hidupnya di ibu kota..Sempena pemergian beliau, kelab sukan dan sosial telah mengambil inisiatif menganjurkn Farewell party utk beliau..
11 Dec 09 (5.00 pm) : Masih bz bwt keje dan xleh diganggu...
Majlis dimulakan dgn ucapan dr kak Wahida (yg tgah tnjuk 'peace') dan diselang dgn ucapan yani yg xtau nk ckp pe time tu (terkedu). Abes je ucapan, majlis diteruskan ngan mkn2. simple2 je mkn tp berkesan..pcaye atau x kberkesanannye truskn tgk gmba dibwh..hehehe.
Selesai sudah sesi mkn2, menyusul pulak acara penyampaian saguhati bwt kenang-kenangan tuk Yani...
Smoga Yani terus sukses dlm karier nya dan bahagia bersame 'ehem2'nye...hehe..Ni ade pantun sket..
kalau ade sumur diladang, jom kita mandi skali, kalau ada umur yg pnjang, time nk kawen jgn lupe jmput kami...
Bermulanyer al-kisah di zaman yang Pele, Maradona, mahupun Frank Backenbeur pun jeles nak tengok………..
Pada 14 November 2009, berlangsung kejohanan Piala Ahmad Rozi yang dianjurkan oleh AQIDEA Sdn Bhd (bukan Al-Qaeda)... Untuk melayakkan PNFL bertanding dalam kejohanan ini amat memeritkan…PNFL terpaksa menyeru 7 seperguruan dari Kelab Bola Brazil untuk bertanding dalam kejohanan tersebut... Dilengkapi sepersalinan sponsor (trimas untuk En. Manap... bak mascot DiGi wa cakap lu... maka perlawanan pun dimulakan……
First Match
Perlawanan Pertama yang dihadapi PNFL team ialah menentang penganjur kejohanan iaitu AQIDEA United (berbaju Merah)... Untuk perlawanan pertama ini, sedikit kegentaran ada pada setiap wajah pemain, kerana terdengar rumours bahawa team ni kuat.... Tambahan lagi, tuan punya AQIDEA, En Ahmad Rodzi juga turut serta…tapi berkat perguruan di Brazil, kami menang juga 2-0, hasil jaringan Nasa Bagio dan juga Izzatdinho... Kemenangan ini menghadirkan gerund pada pasukan lain.... muahahahahaha!!!!! (gelak jahat).... Barisan pemain untuk perlawan pertama:-
1)Azman
2)Nasa
3)Fadil
4)Saiful
5)Izzat
Second Match
Untuk perlawanan kedua... seperti biasa... kitorang gerund juga nak turun padang… apatah lagi, pihak lawan Urbanism FC memperoleh keserian pada perlawan yg agak sengit juga sebelum ini. Berkat hasil pengintipan ke atas pasukan itu oleh En Zainal dan juga En Hasnul, kitorang berjaya mengekang penguasaan mereka dan menang dengan hasil jaringan 3-0.... gol dihasilkan oleh Saiful dan juga Izzat sebanyak 2 gol. Untuk perlawan pertama ini, akhirnya super-sub digunakan juga... Ikhwan telah masuk bagi menggantikan Nasa yg telah cedera... Bagi perlawanan ini, En Azman telah berjaya lagi memasak maggi di pintu gol (xde tentangan lansung).... Hasil gandingan mantap Fadil dan Saiful di bahagian pertahanan. Barisan pemain utk perlawan kedua;-
Third Match Untuk perlawanan ketiga, kitorang melawan Perunding Bersatu “B”... Kelibat mereka agak meyakinkan, tambahan lagi dengan Goal Picker diorang yg sangat2 bersemangat (sempat lagi bertakbir sambil main bola)... Tapi disebabkan ketereran kitorang, walaupun dibarisi oleh pemain simpanan sahaja, menang jugak 3-1.... Pada perlawanan ini, menyaksikan pertama kali gawang PNFL bolos. Barisan pemain utk perlawan ketiga:-
Berkat dari kemenangan 3 perlawanan berturut2, kitorang dapat memasuki peringkat suku akhir. Ehh, xpercayer ye, tengok pict kat bawah nie (dengan muka berlagak,hahahaha)
Quarter Final Sepak mula dimulakan utk perlawanan yg telah dimulakan. Pertama kali, kitorang ketinggalan dalam perlawanan ini, tapi berkat kesungguhan pemain, hasil hantaran Ikhwan kepada saiful, dan saiful menjaringkan gol, kitorang berjaya mengikat kedudukan dengan ZDR FC, hingga masa tamat. Dan, perlawanan dilanjutkan ke Penalti Shootout. Saat berada di keadaan itu sangat2 mengetarkan tubuh, mahu luruh jantung, tapi, Yeayyyy, PNFL Menang jugak dangan 5-3, berkat kehebatan En Azman menjaga gawang. Boleh masuk Semi-Final. Barisan pemain utk perlawan Quarter Final:-
Semi Final Selang xsampai 10minit selepas Quarter Final, terus perlawan Semi Final dilansungkan (sungguh xfair). Kitorang yg dilanda kepenatan dan juga kecederaan terpaksa jug dikerah utk melawan Asasreka FC. Hasilnyer kitiorang kalah 4-1, musnah harapan utk jadi johan,huhuhuhu (dgr rumour2 yg boleh dipercayai, diorang menggunakan hamper keseluruhan pemain import), ish…ish…ish, tapi kami reda. Barisan pemain utk perlawan Semi Final;-
1)Azman
7)Nasa
3)Fadil
4)Saiful
5)Khairul(substitute)
2)Ikhwan(substitute)
6)Izzat
Penentuan ke 3/4 Disebabkan xdapat memasuki final, mula2, kitorang decide xnak main utk penentuan ini, tapi, berkat daripada kata2 manager PNFL, En Zainal, kitorang main juga demi semangat kesukanan. Dan hasilnya, kitorang kalah 6-1, hahahahaha… ini semua sebab cedera and demotivated nanyer (xngaku lagi)... Barisan pemain utk perlawan Semi Final:-
1)Azman
7)Nasa
3)Fadil
4)Saiful
5)Khairul(substitute)
2)Ikhwan(substitute)
6)Izzat