Kita mulakan dengan perjalanan kami yang bermula pada jam 11.30 malam... Lambat sedikit dari jadual asal yang sepatutnya pada 11.00 malam... Bas yang kami naiki berhenti di tiga perhentian iaitu Sungai Buluh, Tapah dan Gurun sebelum tiba di Kuala Perlis pada jam 9.30am... Sebelum naik feri pada jam 10am tu sempat jugak lah kami pekena Nasi lemak tepi laut di jeti kuala Perlis...
Kami tiba di Jeti Kuah lebih kurang pada jam 11am dan berlegar-legar di sekitar Jeti Kuah sementara menunggu bas datang hingga jam 12 tengahari... Usai menunggu di Jeti, kami dibawa ke Langkasuka Beach Resort dengan menaiki sebuah bas dan sebuah van, sesampainya di sana terpaksa pula kami menunggu sebentar sementara menunggu bilik untuk dikosongkan oleh penghuni sebelumnya... Kira-kira 45 minit selepas itu barulah kesemua ahli rombongan dari KL mendapat bilik masing-masing... Kira dah panas ponggong jugaklah...

Sebelum acara pertama bermula kesemua hadirin dijemput terlebih dahulu ke Restoran Sunset di mana acara malam tersebut akan diadakan untuk sessi taklimat dan cabutan undi karaoke...

Acara pertama di Langkawi dimulakan dengan Telematch yang sungguh meriah... Acara telematch disertai oleh setiap lapisan keluarga PNFLien tak mengira tua (kamu), muda (saya) dan kanak-kanak (Noyu)....

Setelah dari itu, kesemua ahli keluarga kembali ke bilik masing-masing kecuali bagi peserta karaoke untuk test kerongkong masing-masing di sunset restaurant... Nasib baik semua sedap-sedap kalau tak ada yang dah kena ganti dengan orang lain...
Menjelang malam.....
Debaran kian memuncak untuk Pertandingan Karaoke dan BBQ Dinner... Lihatlah aksi masing-masing di bawah...

Group A | Solo | Siti Zubaidah | Engkau Bagaikan Permata |
Duet | Nurmaya | Dua insan | |
Nik Nurul Hazrina | |||
Group B | Solo | Mazuan | Mustika |
Duet | Yuni | Jangan Ada Dusta antara kita | |
Syed | |||
Group C | Solo | Mohd. Hafidz Mohd. Yassin | Singkong & keju |
Duet | Saiful b. Mohd. Yunus | Way back into love | |
Nurul Akmar Abd Majid | |||
Group D | Solo | Supramaniam (Vim's husband) | Phoolon ka taaron ka |
Duet | Hasnul Jafni Zulkarnain | Bermulanya disini | |
Khairul Azwan | |||
Group E | Solo | Mohd Yazmi | Suatu Masa |
Duet | Sr. Abd Halim Rosman | Baldu Biru | |
Dilla | |||
Group F | Solo | Siti Nuradlina | Rindu padanya |
Duet | Suzanna Mahanoon | Mendung tak bererti hujan | |
Ila Rahmat |
Majlis kemudiannya tamat lebih kurang pada jam 11.30 malam... Nantikan sambungan setrusnya bagi hari yang ke-2 kami di sana... Chow!!!!