Pantun Dato Nik Farid di Hari Lahir

23 FEB 1946 AKU DLAHIRKAN ,
IBU DAN AYAH PENUH KESYUKURAN ,
AKU RUPANYA ADA KEISTEMEWAAN ,
DI JARI MANIS ADA TUMBUHAN.

SELEPAS FORM 5 AKU TIDAK TAHU HALUAN ,
PEPERIKSAAN NAK MASUK FORM 6 AKU TERCUNDANG ,
HAJAT DI HATI NAK JADI PEGAWAI KERAJAAN ,
TAK DISANGKA JADI JURUUKUR BAHAN

JURUUKUR BAHAN BERAKAN DIBERI NAMA ,
4 QS BUAT PENGKONGSIAN ,
RUPANYA HAYAT NYA TAK BEGITU LAMA
TINGGAL 2 ORANG UNTUK MENERUSKAN

PERUNDING NFL DI TUKAR NAMA
ALHAMDULILLAH HINGGA KINI CAPAI KEJAYAAN
PENGARAH DAN KAKITANGAN BERKERJASAMA
SEMOGA PNFL HIDUP KE AKHIR ZAMAN .

TK KEPADA YANG DATANG ,
MAKANLAH APA YANG DIHIDANG ,
JIKA TAK CUKUP JANGAN MERADANG ,
SUPAYA UMUR AKAN PANJANG .

TERIMA KASIH.

Nukilan Dato' Nik Farid Kamil

Dato NFK Birthday Bash | 23 Feb 2010


Aturcara Majlis Merayakan Hari Lahir Dato’ Pengerusi

• 1700 - Ketibaan para jemputan dan mengambil tempat
• 1715 - Ketibaan ahli Lembaga Pengarah PNFL
• 1720 - Ketibaan Dato’ Nik Farid Kamil, Toh Puan Hajjah Faridah, 3 orang anak, menantu, 3 cucu serta rombongan
• 1725 - Ucapan alu-aluan pengerusi majlis
• 1730 - Doa pembuka majlis oleh Saudara Saiful Mohd Yunus
• 1735 - Ucapan penghargaan staff PNFL oleh wakilnya En. Yazit Yeop Arbi
• 1740 - Ucapan Dato’ Nik Farik Kamil
• 1745 - Acara perasmian dan ‘handing over’ NFK Collection corner kepada wakil PNFL, Sr. S.K Chua
• 1747 - Majlis penyampaian hadiah kepada Y.Bhg. Dato’ Nik Farid
• 1750 - Para jemputan dijemput menjamu selera
• 1800 - Sessi fotografi
• 1830 - Acara tamat


Petikan Doa pembuka majlis
By Saiful Mohd Yunus

“ Ya ALLAH, panjangkanlah usia Dato’ Nik Farid Bin Kamil dan kami semua, agar lebih lama dapat kami mentaati Mu, Jadikanlah kehidupan ini sebagai ladang, moga di akhirat kelak kami mengutip hasilnya. Ya ALLAH, semoga Engkau tidak mensia-siakan segala usaha kami, Mencari haruman Syurga ciptaanMu, Tempat rehat dan nikmat abadi…. “



Speech from Perunding NFL Sdn Bhd Staff
By Yazit Yeop Arbi

• Assalammualaikum wbt dan selamat sejahtera

• Terima kasih tuan pengerusi majlis Saudara Arphian Ahmad.

• Yang dikasihi Dato’ Sr. Nik Farid Kamil, Pengerusi Perunding NFL Sdn Bhd

• Yang disayangi Toh’ Puan Hajjah Faridah dan Keluarga

• Yang dihormati Ahli Lembaga Pengarah Perunding NFL Sdn Bhd, Sr. S.K. Chua dan Sr. Abdul Halim Rosman.

• Yang dialu-alukan rakan-rakan sekerja PNFL.


Terima kasih dan Selamat Datang saya ucapkan kepada semua kerana dapat meluangkan masa dan sudi hadir sebagai jemputan Y.Bhg. Dato’ Nik Farid.


Pantun 1

Cerita dongeng namanya Pak Pandir
Pak Pandir suka mendayung sampan
Terima kasih kerana hadir
Selamat datang saya ucapkan

Pantun 2

Kueh dahulu namanya Semperit
Kueh dihidang di hari lebaran
Terima Kasih Dato’ Nik Farid
Selamat menyambut hari lahir kami ucapkan


Saya sebagai wakil staff PNFL ingin mengucapkan Selamat Hari Lahir kepada Dato’ Nik Farid, kami doakan agar Y. Bhg. Dato’ sihat, selamat sekeluarga dan murah rezeki hendaknya.

----------------------------------------

Para hadirin, izinkan saya mengimbas kembali sejarah perkenalan saya dengan ‘birthday boy’ kita hari ini. Dato’ Nik Farid yang saya kenali memang hebat dan terkenal orangnya. Namanya mula saya dengar ketika saya masih lagi di bangku sekolah. Jikalau tidak silap saya di dalam satu majlis di tahun 1982 di STAR Ipoh, namanya disebut sebagai seorang pelupor ukur bahan di tanah air kita.

Reputasi Dato’ Nik Farid sebagai salah seorang professional di dalam industri pembinaan negara memang tidak boleh disangkal lagi. Seorang yang hebat, digeruni oleh staff dan lawan.

Disebabkan oleh namanya yang masyhur, saya telah secara ‘personally’ memilih melalui penyarah di ITM untuk menjalani latihan praktikal di Nik Farid Dan Loh Sdn. selama 6 bulan pada ketika itu. Pada masa itulah secara rasminya saya di ketemukan dengan ‘icon’ yang saya impikan selama ini.

Dari Julai hingga Disember 1998 saya sebagai pelajar latihan industri melihat Encik Nik Farid pada masa itu sangat tegas orangnya. Jarang sekali saya lihat beliau senyum dan ketawa.

Jika dapat, akan saya elak berselisih dengan beliau (kadang-kadang saya sanggup menyimpang ke kedai runcit sebelah jika saya dapati Encik Nik Farid berada di corridor hadapan pejabat). Maklumlah boss besar lalu !

Peranan, pengorbanan dan jasa Dato’ Nik Farid kepada tanah air tiada tolok bandingnya. Manakan tidak, seorang yang sememangnya aktif, tidak mengira samada di bidang professionnya malahan melimpah ruah kepada aktiviti kebajikan.

Curahan pendapat, pandangan, keputusan, tulisan, tunjuk ajar Dato’ Nik Farid memang tidak boleh diucap dengan kata-kata. Seperti yang saya katakan di awal-awal tadi, ikon Malaysia sebagai ahli jawatankuasa Masjid Saidina Abu Bakar As-Sidiq, Bangsar, Ahli Malay College Old Boys Association (MCOBA), Ahli Lembaga Ukur Bahan, Ahli Lembaga Jurutera, Ahli lembaga penasihat jabatan ukur bahan UiTM, pensyarah, pemeriksa luar UiTM, ahli aktif Pesat (Persatuan Anak-Anak Terengganu) dan Perunding Ukur Bahan berbagai-bagai projek di dalam dan luar Negara.

Kami tidak pasti bagaimana Dato’ mendapat tenaga yang begitu banyak untuk aktif di semua bidang. Tapi dengar-dengarnya Dato’ selalu berjalan dan berjoging selepas sembahyang subuh. Mungkin ini rahsianya, Mungkin!

Seorang yang dermawan tidak mengira harta, wang ringgit dan pandangan amat kami kagumi. Mungkin ini juga rahsia peribadi Dato’ menjadi seorang icon (nanti diharapkan Dato’ boleh berkongsi dengan kita semua).

Untuk makluman, ini yang kita tahu, mungkin banyak lagi jasa dan pengorbanan Dato’ di luar sana.

----------------------------------------

Kini Dato’ masih lagi bergiat aktif, sihat dan masih lagi kacak orangnya. Nama Dato’ masih ‘top’ di persada Negara. Masih disebut-sebut, disegani oleh rakan dan digeruni oleh lawannya.

Tinggilah harapan kami, Y.Bhg. Dato’ Nik Farid terus memimpin dan menerajui Perunding NFL Sdn Bhd.

Kepimpinan dan karisma Dato’ memang tiada tandingannya dan kami mendoakan agar Dato’ terus berada di Perunding NFL Sdn Bhd.

Selamat hari lahir Dato’ Nik Farid Kamil.


Terima Kasih dan Wassalammuailaikum wbt.

Note ;

Full text appreciation speech from Perunding NFL Sdn Bhd staff read by Yazit Yeop Arbi on 23rd February 2010 @ 5.35 p.m. (for the record it was read in PNFL office main foyer in power black out condition)



Langkawi Oh Langkawi! - Part 1

Ya! kami dah balik dari Langkawi sejak Ahad lepas... tapi disebabkan kami malas sibuk maka blog ini teramat lambatlah dikemaskini... but better late than never... Namun diingatkan post ni adalah berdasarkan perjalanan dari KL ke Langkawi... Dari JB kena tunggu depa lahh...

Kita mulakan dengan perjalanan kami yang bermula pada jam 11.30 malam... Lambat sedikit dari jadual asal yang sepatutnya pada 11.00 malam... Bas yang kami naiki berhenti di tiga perhentian iaitu Sungai Buluh, Tapah dan Gurun sebelum tiba di Kuala Perlis pada jam 9.30am... Sebelum naik feri pada jam 10am tu sempat jugak lah kami pekena Nasi lemak tepi laut di jeti kuala Perlis...

Kami tiba di Jeti Kuah lebih kurang pada jam 11am dan berlegar-legar di sekitar Jeti Kuah sementara menunggu bas datang hingga jam 12 tengahari... Usai menunggu di Jeti, kami dibawa ke Langkasuka Beach Resort dengan menaiki sebuah bas dan sebuah van, sesampainya di sana terpaksa pula kami menunggu sebentar sementara menunggu bilik untuk dikosongkan oleh penghuni sebelumnya... Kira-kira 45 minit selepas itu barulah kesemua ahli rombongan dari KL mendapat bilik masing-masing... Kira dah panas ponggong jugaklah...


Sebelum acara pertama bermula kesemua hadirin dijemput terlebih dahulu ke Restoran Sunset di mana acara malam tersebut akan diadakan untuk sessi taklimat dan cabutan undi karaoke...


Acara pertama di Langkawi dimulakan dengan Telematch yang sungguh meriah... Acara telematch disertai oleh setiap lapisan keluarga PNFLien tak mengira tua (kamu), muda (saya) dan kanak-kanak (Noyu)....


Setelah dari itu, kesemua ahli keluarga kembali ke bilik masing-masing kecuali bagi peserta karaoke untuk test kerongkong masing-masing di sunset restaurant... Nasib baik semua sedap-sedap kalau tak ada yang dah kena ganti dengan orang lain...

Menjelang malam.....

Debaran kian memuncak untuk Pertandingan Karaoke dan BBQ Dinner... Lihatlah aksi masing-masing di bawah...

Peserta-peserta yang menyertai pertandingan adalah seperti berikut:

Group A Solo Siti Zubaidah Engkau Bagaikan Permata
Duet Nurmaya Dua insan
Nik Nurul Hazrina
Group B Solo Mazuan Mustika
Duet Yuni Jangan Ada Dusta antara kita
Syed
Group C Solo Mohd. Hafidz Mohd. Yassin Singkong & keju
Duet Saiful b. Mohd. Yunus Way back into love
Nurul Akmar Abd Majid
Group D Solo Supramaniam (Vim's husband) Phoolon ka taaron ka


Duet Hasnul Jafni Zulkarnain Bermulanya disini
Khairul Azwan
Group E Solo Mohd Yazmi Suatu Masa
Duet Sr. Abd Halim Rosman Baldu Biru
Dilla
Group F Solo Siti Nuradlina Rindu padanya
Duet Suzanna Mahanoon Mendung tak bererti hujan
Ila Rahmat

Majlis kemudiannya tamat lebih kurang pada jam 11.30 malam... Nantikan sambungan setrusnya bagi hari yang ke-2 kami di sana... Chow!!!!





HARYANI AHMAD FAREWELL

11 Dec 09...merupakan tarikh keramat utk sume warga pnfL jb dimana cik Haryani Ahmad dgn rasmi nya melangkah kluar dr wisma NFL utk meneruskan perjalanan hidupnya di ibu kota..Sempena pemergian beliau, kelab sukan dan sosial telah mengambil inisiatif menganjurkn Farewell party utk beliau..




11 Dec 09 (5.00 pm) : Masih bz bwt keje dan xleh diganggu...

Majlis dimulakan dgn ucapan dr kak Wahida (yg tgah tnjuk 'peace') dan diselang dgn ucapan yani yg xtau nk ckp pe time tu (terkedu). Abes je ucapan, majlis diteruskan ngan mkn2. simple2 je mkn tp berkesan..pcaye atau x kberkesanannye truskn tgk gmba dibwh..hehehe.


Selesai sudah sesi mkn2, menyusul pulak acara penyampaian saguhati bwt kenang-kenangan tuk Yani...







Smoga Yani terus sukses dlm karier nya dan bahagia bersame 'ehem2'nye...hehe..Ni ade pantun sket..


kalau ade sumur diladang,
jom kita mandi skali,
kalau ada umur yg pnjang,
time nk kawen jgn lupe jmput kami...

Piala Ahmad Rozi

Bermulanyer al-kisah di zaman yang Pele, Maradona, mahupun Frank Backenbeur pun jeles nak tengok………..

Pada 14 November 2009, berlangsung kejohanan Piala Ahmad Rozi yang dianjurkan oleh AQIDEA Sdn Bhd (bukan Al-Qaeda)... Untuk melayakkan PNFL bertanding dalam kejohanan ini amat memeritkan…PNFL terpaksa menyeru 7 seperguruan dari Kelab Bola Brazil untuk bertanding dalam kejohanan tersebut... Dilengkapi sepersalinan sponsor (trimas untuk En. Manap... bak mascot DiGi wa cakap lu... maka perlawanan pun dimulakan……

First Match


Perlawanan Pertama yang dihadapi PNFL team ialah menentang penganjur kejohanan iaitu AQIDEA United (berbaju Merah)... Untuk perlawanan pertama ini, sedikit kegentaran ada pada setiap wajah pemain, kerana terdengar rumours bahawa team ni kuat.... Tambahan lagi, tuan punya AQIDEA, En Ahmad Rodzi juga turut serta…tapi berkat perguruan di Brazil, kami menang juga 2-0, hasil jaringan Nasa Bagio dan juga Izzatdinho... Kemenangan ini menghadirkan gerund pada pasukan lain.... muahahahahaha!!!!! (gelak jahat).... Barisan pemain untuk perlawan pertama:-

1)Azman
2)Nasa
3)Fadil
4)Saiful
5)Izzat

Second Match



Untuk perlawanan kedua... seperti biasa... kitorang gerund juga nak turun padang… apatah lagi, pihak lawan Urbanism FC memperoleh keserian pada perlawan yg agak sengit juga sebelum ini. Berkat hasil pengintipan ke atas pasukan itu oleh En Zainal dan juga En Hasnul, kitorang berjaya mengekang penguasaan mereka dan menang dengan hasil jaringan 3-0.... gol dihasilkan oleh Saiful dan juga Izzat sebanyak 2 gol. Untuk perlawan pertama ini, akhirnya super-sub digunakan juga... Ikhwan telah masuk bagi menggantikan Nasa yg telah cedera... Bagi perlawanan ini, En Azman telah berjaya lagi memasak maggi di pintu gol (xde tentangan lansung).... Hasil gandingan mantap Fadil dan Saiful di bahagian pertahanan. Barisan pemain utk perlawan kedua;-

1)Azman
2)Nasa
3)Fadil
4)Saiful
5)Izzat
6)Ikhwan (substitute)

Third Match

Untuk perlawanan ketiga, kitorang melawan Perunding Bersatu “B”... Kelibat mereka agak meyakinkan, tambahan lagi dengan Goal Picker diorang yg sangat2 bersemangat (sempat lagi bertakbir sambil main bola)... Tapi disebabkan ketereran kitorang, walaupun dibarisi oleh pemain simpanan sahaja, menang jugak 3-1.... Pada perlawanan ini, menyaksikan pertama kali gawang PNFL bolos. Barisan pemain utk perlawan ketiga:-

1)Azman
2)Ikhwan
3)Fadil
4)Saiful
5)Khairul
6)Izzat(substitute)
7)Nasa (substitute)

Berkat dari kemenangan 3 perlawanan berturut2, kitorang dapat memasuki peringkat suku akhir. Ehh, xpercayer ye, tengok pict kat bawah nie (dengan muka berlagak,hahahaha)


Quarter Final


Sepak mula dimulakan utk perlawanan yg telah dimulakan. Pertama kali, kitorang ketinggalan dalam perlawanan ini, tapi berkat kesungguhan pemain, hasil hantaran Ikhwan kepada saiful, dan saiful menjaringkan gol, kitorang berjaya mengikat kedudukan dengan ZDR FC, hingga masa tamat. Dan, perlawanan dilanjutkan ke Penalti Shootout. Saat berada di keadaan itu sangat2 mengetarkan tubuh, mahu luruh jantung, tapi, Yeayyyy, PNFL Menang jugak dangan 5-3, berkat kehebatan En Azman menjaga gawang. Boleh masuk Semi-Final. Barisan pemain utk perlawan Quarter Final:-

1)Azman
7)Nasa
3)Fadil
4)Saiful
5)Khairul(substitute)
2)Ikhwan(substitute)
6)Izzat


Semi Final

Selang xsampai 10minit selepas Quarter Final, terus perlawan Semi Final dilansungkan (sungguh xfair). Kitorang yg dilanda kepenatan dan juga kecederaan terpaksa jug dikerah utk melawan Asasreka FC. Hasilnyer kitiorang kalah 4-1, musnah harapan utk jadi johan,huhuhuhu (dgr rumour2 yg boleh dipercayai, diorang menggunakan hamper keseluruhan pemain import), ish…ish…ish, tapi kami reda. Barisan pemain utk perlawan Semi Final;-
1)Azman
7)Nasa
3)Fadil
4)Saiful
5)Khairul(substitute)
2)Ikhwan(substitute)
6)Izzat

Penentuan ke 3/4

Disebabkan xdapat memasuki final, mula2, kitorang decide xnak main utk penentuan ini, tapi, berkat daripada kata2 manager PNFL, En Zainal, kitorang main juga demi semangat kesukanan. Dan hasilnya, kitorang kalah 6-1, hahahahaha… ini semua sebab cedera and demotivated nanyer (xngaku lagi)... Barisan pemain utk perlawan Semi Final:-
1)Azman
7)Nasa
3)Fadil
4)Saiful
5)Khairul(substitute)
2)Ikhwan(substitute)
6)Izzat




Condolence to En. Nasarudin

Dear All,

It is with a great sorrow we write to inform that father to En Nasarudin bin Yaakob has passed away last night...

To all the Muslims, please do recite your prayer for his father... May Allah bless his soul. Make his grave a garden and grant him the highest levels of paradise… Ameen!

Thank you.

From the Desk of PNFL JB

Hai salam pada semua KLien, semoga kedatangan kami di blog ni dialu-alukan semua... insyaallah... nanti kami uploadkan lagi gambar aktiviti kat jb branch... tenkiu n wasalam...