Adam


Pada 20 Julai 2009, En Adam Ismail telah dimasukkan ke hospital kerana diserang stroke. Mengikut cerita malam sebelum tu En. Adam telah menjuarai kejuaraan memakan durian di rumahnya dengan menghabiskan 6 biji durian sekaligus mendapatkan beliau tempat penginapan di Selangor Medical Centre sehingga semalam.


PNFL Sports Club telah membuat rombongan melawat En. Adam di hospital bagi memberikan moral support dan sedikit buah tangan yang tak seberapa (biasalah buah-buahan).


Mengikut sejarah, En. Adam telah menyertai PNFL semenjak tahun 1973 (humang ai! saya belum lahir lagi!) dan kalau mengikut perkiraan telah berada di PNFL selama 36 tahun.


PNFLien sekalian mendoakan semoga selamat sembuh kepada En. Adam dan kami menanti kembalinya En. Adam bertugas ni PNFL seperti biasa.

Prolog


Warga PNFL dengan diterajui oleh Sports Club menubuhkan sebuah blog bagi PNFLien menyimpan segala memori selama di PNFLien di ruang maya.

Pelbagai aktiviti akan didiarikan di sini... Dari masa ke semasa sejarah lampau PNFL akan dimuatnaik ke laman ini... Segala pengumuman penting juga bakal dipaparkan agar mereka yang mengikuti blog ini tidak ketinggalan...

Blog ini bertema santai dan bakal diwarnai oleh penggiat-penggiat di dalam PNFL itu sendiri... Oleh itu ayuh PNFLien! Longgarkan jari jemari dan patuklah papan kekunci kamu kerana perjalanan kita di alam maya bermula di sini....