
Pada 20 Julai 2009, En Adam Ismail telah dimasukkan ke hospital kerana diserang stroke. Mengikut cerita malam sebelum tu En. Adam telah menjuarai kejuaraan memakan durian di rumahnya dengan menghabiskan 6 biji durian sekaligus mendapatkan beliau tempat penginapan di Selangor Medical Centre sehingga semalam.
PNFL Sports Club telah membuat rombongan melawat En. Adam di hospital bagi memberikan moral support dan sedikit buah tangan yang tak seberapa (biasalah buah-buahan).

Mengikut sejarah, En. Adam telah menyertai PNFL semenjak tahun 1973 (humang ai! saya belum lahir lagi!) dan kalau mengikut perkiraan telah berada di PNFL selama 36 tahun.

PNFLien sekalian mendoakan semoga selamat sembuh kepada En. Adam dan kami menanti kembalinya En. Adam bertugas ni PNFL seperti biasa.
1 PNFLien:
ape agaknye kabar en.adam kiter ni yer...sape2 yg tau kisahnya tolongla sampai2kan yer...nak tanyer sendiri seganla pelik la pulak kan..haha - Lady D
Post a Comment