Bertempat di Sport Complex Bangsar, berlangsungnya gelanggang Seni Silat Gerak Kuntau bagi PNFLien mempelajari sedikit sebanyak mengenai seni mempertahankan diri. Kelas bermula dengan memanaskan otot dan regangan badan.
Setakat ini dipercayai PNFL adalah satu-satunya firma QS menjadikan silat sebagai aktiviti riadah untuk para kakitangan. Sebenarnya gelanggang ini adalah yang ketiga dibuat yang mana gelanggang yang pertama dan kedua dilakukan di tingkat 4, Wisma PNFL sehinggalah tempat tersebut kini disewakan oleh pihak Firma kepada syarikat lain.
Setakat ini dipercayai PNFL adalah satu-satunya firma QS menjadikan silat sebagai aktiviti riadah untuk para kakitangan. Sebenarnya gelanggang ini adalah yang ketiga dibuat yang mana gelanggang yang pertama dan kedua dilakukan di tingkat 4, Wisma PNFL sehinggalah tempat tersebut kini disewakan oleh pihak Firma kepada syarikat lain.
Kelas kemudiannya diajar cara-cara bersedia membela diri atau teknik pasang. Macam-macam rupa teknik pasang boleh ditengok. Ada yang betul... ada yang entah tak tahu nak cakap apa.
Gelanggang ini terbuka kepada staf lelaki dan wanita yang berminat mempelajari seni ini. Walaupun latihan agak keras, tapi semangat kira kuat lah jugak. Kalau tempat lain ada yang dah terbaring tak tahan.
Terima kasih juga kepada yang datang lewat maka satu gelanggang kena buat tekan tubi. Walaupun nampak macam denda tapi sebenarnya ini adalah salah satu latihan penting di dalam perguruan ini. Penerangan mengenai pentingnya latihan tekan tubi ini telah diterangkan di dalam gelanggang.... sini tak boleh sebut.
Walaupun gambar di atas nampak macam tengah berjoget tapi percayalah mereka masih jantan yang tulen. Ini sebenarnya salah satu latihan memanaskan otot sebelum latihan sebenar dijalankan.
Bab ni adalah bahagian paling seksa di sepanjang latihan berlangsung. Nampak mudah tapi ada yang menggigil-gigil masa nak buat.
Berikut adalah beberapa gambar tunjuk ajar yang disampaikan yang sempat di shoot oleh bebeid di sepanjang perjalanan kelas.
Para pesilat PNFL sempat bergambar sebelum jurugambar (bebeid) sibuk nak balik masak nasik untuk anak. Posing kuntau lagik!!
Maklumat lanjut Seni Silat Gerak Kuntau boleh didapati di www.silatkuntau.cjb.net
1 PNFLien:
wachaaa...jom la berkuntau...baik utk keselamatan...squash2 jgk...kuntau jgn ler diluper... - yg meminati kuntau =)
Post a Comment