Dato NFK Birthday Bash | 23 Feb 2010


Aturcara Majlis Merayakan Hari Lahir Dato’ Pengerusi

• 1700 - Ketibaan para jemputan dan mengambil tempat
• 1715 - Ketibaan ahli Lembaga Pengarah PNFL
• 1720 - Ketibaan Dato’ Nik Farid Kamil, Toh Puan Hajjah Faridah, 3 orang anak, menantu, 3 cucu serta rombongan
• 1725 - Ucapan alu-aluan pengerusi majlis
• 1730 - Doa pembuka majlis oleh Saudara Saiful Mohd Yunus
• 1735 - Ucapan penghargaan staff PNFL oleh wakilnya En. Yazit Yeop Arbi
• 1740 - Ucapan Dato’ Nik Farik Kamil
• 1745 - Acara perasmian dan ‘handing over’ NFK Collection corner kepada wakil PNFL, Sr. S.K Chua
• 1747 - Majlis penyampaian hadiah kepada Y.Bhg. Dato’ Nik Farid
• 1750 - Para jemputan dijemput menjamu selera
• 1800 - Sessi fotografi
• 1830 - Acara tamat


Petikan Doa pembuka majlis
By Saiful Mohd Yunus

“ Ya ALLAH, panjangkanlah usia Dato’ Nik Farid Bin Kamil dan kami semua, agar lebih lama dapat kami mentaati Mu, Jadikanlah kehidupan ini sebagai ladang, moga di akhirat kelak kami mengutip hasilnya. Ya ALLAH, semoga Engkau tidak mensia-siakan segala usaha kami, Mencari haruman Syurga ciptaanMu, Tempat rehat dan nikmat abadi…. “



Speech from Perunding NFL Sdn Bhd Staff
By Yazit Yeop Arbi

• Assalammualaikum wbt dan selamat sejahtera

• Terima kasih tuan pengerusi majlis Saudara Arphian Ahmad.

• Yang dikasihi Dato’ Sr. Nik Farid Kamil, Pengerusi Perunding NFL Sdn Bhd

• Yang disayangi Toh’ Puan Hajjah Faridah dan Keluarga

• Yang dihormati Ahli Lembaga Pengarah Perunding NFL Sdn Bhd, Sr. S.K. Chua dan Sr. Abdul Halim Rosman.

• Yang dialu-alukan rakan-rakan sekerja PNFL.


Terima kasih dan Selamat Datang saya ucapkan kepada semua kerana dapat meluangkan masa dan sudi hadir sebagai jemputan Y.Bhg. Dato’ Nik Farid.


Pantun 1

Cerita dongeng namanya Pak Pandir
Pak Pandir suka mendayung sampan
Terima kasih kerana hadir
Selamat datang saya ucapkan

Pantun 2

Kueh dahulu namanya Semperit
Kueh dihidang di hari lebaran
Terima Kasih Dato’ Nik Farid
Selamat menyambut hari lahir kami ucapkan


Saya sebagai wakil staff PNFL ingin mengucapkan Selamat Hari Lahir kepada Dato’ Nik Farid, kami doakan agar Y. Bhg. Dato’ sihat, selamat sekeluarga dan murah rezeki hendaknya.

----------------------------------------

Para hadirin, izinkan saya mengimbas kembali sejarah perkenalan saya dengan ‘birthday boy’ kita hari ini. Dato’ Nik Farid yang saya kenali memang hebat dan terkenal orangnya. Namanya mula saya dengar ketika saya masih lagi di bangku sekolah. Jikalau tidak silap saya di dalam satu majlis di tahun 1982 di STAR Ipoh, namanya disebut sebagai seorang pelupor ukur bahan di tanah air kita.

Reputasi Dato’ Nik Farid sebagai salah seorang professional di dalam industri pembinaan negara memang tidak boleh disangkal lagi. Seorang yang hebat, digeruni oleh staff dan lawan.

Disebabkan oleh namanya yang masyhur, saya telah secara ‘personally’ memilih melalui penyarah di ITM untuk menjalani latihan praktikal di Nik Farid Dan Loh Sdn. selama 6 bulan pada ketika itu. Pada masa itulah secara rasminya saya di ketemukan dengan ‘icon’ yang saya impikan selama ini.

Dari Julai hingga Disember 1998 saya sebagai pelajar latihan industri melihat Encik Nik Farid pada masa itu sangat tegas orangnya. Jarang sekali saya lihat beliau senyum dan ketawa.

Jika dapat, akan saya elak berselisih dengan beliau (kadang-kadang saya sanggup menyimpang ke kedai runcit sebelah jika saya dapati Encik Nik Farid berada di corridor hadapan pejabat). Maklumlah boss besar lalu !

Peranan, pengorbanan dan jasa Dato’ Nik Farid kepada tanah air tiada tolok bandingnya. Manakan tidak, seorang yang sememangnya aktif, tidak mengira samada di bidang professionnya malahan melimpah ruah kepada aktiviti kebajikan.

Curahan pendapat, pandangan, keputusan, tulisan, tunjuk ajar Dato’ Nik Farid memang tidak boleh diucap dengan kata-kata. Seperti yang saya katakan di awal-awal tadi, ikon Malaysia sebagai ahli jawatankuasa Masjid Saidina Abu Bakar As-Sidiq, Bangsar, Ahli Malay College Old Boys Association (MCOBA), Ahli Lembaga Ukur Bahan, Ahli Lembaga Jurutera, Ahli lembaga penasihat jabatan ukur bahan UiTM, pensyarah, pemeriksa luar UiTM, ahli aktif Pesat (Persatuan Anak-Anak Terengganu) dan Perunding Ukur Bahan berbagai-bagai projek di dalam dan luar Negara.

Kami tidak pasti bagaimana Dato’ mendapat tenaga yang begitu banyak untuk aktif di semua bidang. Tapi dengar-dengarnya Dato’ selalu berjalan dan berjoging selepas sembahyang subuh. Mungkin ini rahsianya, Mungkin!

Seorang yang dermawan tidak mengira harta, wang ringgit dan pandangan amat kami kagumi. Mungkin ini juga rahsia peribadi Dato’ menjadi seorang icon (nanti diharapkan Dato’ boleh berkongsi dengan kita semua).

Untuk makluman, ini yang kita tahu, mungkin banyak lagi jasa dan pengorbanan Dato’ di luar sana.

----------------------------------------

Kini Dato’ masih lagi bergiat aktif, sihat dan masih lagi kacak orangnya. Nama Dato’ masih ‘top’ di persada Negara. Masih disebut-sebut, disegani oleh rakan dan digeruni oleh lawannya.

Tinggilah harapan kami, Y.Bhg. Dato’ Nik Farid terus memimpin dan menerajui Perunding NFL Sdn Bhd.

Kepimpinan dan karisma Dato’ memang tiada tandingannya dan kami mendoakan agar Dato’ terus berada di Perunding NFL Sdn Bhd.

Selamat hari lahir Dato’ Nik Farid Kamil.


Terima Kasih dan Wassalammuailaikum wbt.

Note ;

Full text appreciation speech from Perunding NFL Sdn Bhd staff read by Yazit Yeop Arbi on 23rd February 2010 @ 5.35 p.m. (for the record it was read in PNFL office main foyer in power black out condition)



3 PNFLien:

sulfuric^acid said...

touching gamba hamba xde...

Beidy the Photographer~ said...

Buat sekian kalinya GAMBA aku TAK ADER!!!!

hajarss said...

haku pon tiada