PNFL Hi-Tea


Allopppp!!! Sorry guys sebab lama menunggu update blog ni. Kesibukan sedikit melanda mutakhir ni... Ye! Sebok! Sebok ngan Game... Hahahahaha.... Tapi bukan time keje... PNFL Sport Club sehari dua ni penuh dengan macam-macam aktiviti sukan... Tapi yang tu kita simpan dulu...




7 Augustus yang lepas di PNFL Bangsar telah diadakan sebuah majlis Hi-Tea sempena menyambut kedatangan bulan puasa yang bakal menjelang (Kira rehearsal berbuka la ni). Disamping itu turut diraikan adalah kedatangan staf-staf baru di PNFL namely Izzati (Izo) dan Elaine Chua (siapa dapat no tepon dia boleh dapat grandprize).


Majlis dimulakan dengan juruacara majlis meraikan kedatangan para bos dan staf. Untuk menampakkan hidangan di atas meja kelihatan sungguh lazat, pihak penganjur majlis dengan sengaja melambat-lambatkan acara makan dengan beberapa acara ucapan selingan. Hahaha...


Setelah semua berkumpul, bacaan doa kemudiannya dilangsungkan oleh Al-Ustaz Yazit Yeob Arbi setelah semua staf lain mengaku belum cukup akil baligh untuk membaca doa. Setelah ucapan dari Yang Berbahgia En. Manap dan Dato' Nik maka majlis makan-makan pun dimulakan.


Sementara menunggu upacara makan yang sedang berlangsung, staf PNFL beserta bos-bosnya bergambar kenang-kenangan di hadapan bangunan Wisma PNFL yang tersergam indah di tengah-tengah bandaraya KL.

Untuk makluman, gambar bagi entri kali ini sekadar memenuhi skema. Gambar-gambar yang lebih menarik akan menyusul di entri akan datang... Challoooooo....

5 PNFLien:

Mazuan said...

Boleh komen ni haa...

sulfuric^acid said...

Tolong lah baiki pict yg nampak tgn tu.....kecian kat dier......

Matrix01 said...

Amacam? Pueh ati?

Anonymous said...

weih! gambo aku mana? bikin panas la ini blog admin!!!! - bebeid

Matrix01 said...

Hahahahaha... tu la nasib pemegang kamera....